Salam Ramadan 1435H

Salam Ramadan,

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran. Bulan yang diturunkan rahmat dan berkat. Bulan diampunkan dosa. Bulan yang kebaikannya diganda-gandakan Tuhan. Bulan yang didalamnya berlaku Lailatul Qadar.
Yang mana siapa yang dapat beribadah tepat pada malam Lailatul Qadar seolah-olah dipanjangkan umur. Seolah-olah mereka pernah beribadah selama lebih 1000 bulan, yakni lebih dari 83 tahun.

Inilah antara Rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa atau yang bercita-cita menjadi orang bertaqwa. Ini satu anugerah Tuhan.

Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah raja segala bulan.Pada bulan ini, Tuhan menyuruh kita berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malamnya. Oleh kerana Tuhan hendak memberi pahala yang besar, terutama yang mendapatkan Lailatul Qadar, ini mesti ada rahsia dari Tuhan, mengapa Tuhan pilih bulan Ramadhan, mengapa begitu besar pahalanya di sisi Tuhan.

Ini tak berlaku di bulan-bulan lain. Lebih-lebih lagi dosa-dosa kita semua diampunkan.

ingin saya berkongsi pelbagai koleksi wallpaper Ramadan, untuk tahun ini 2014 bersamaan 1435 Hijriah.

Anda boleh muat turun untuk dijadikan koleksi atau menghiasi wallpaper.

Setiap idea reka grafik wallpaper dikreditkan kepada tuan empunya. Sambil muat-turun mari kita hadiahkan mereka dengan doa sebagai tanda terima kasih kepada yang telah mencipta rekaan grafik wallpaper Ramadan ini  🙂

Tips  Untuk Muat-Turun :  (1) Klik pada gambar    (2) Save Image As… 

Tips Wallpaper atau gambar yang anda muat-turun akan cantik sekiranya saiz pixel-nya tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *