Blog

Cara mudah remove shadow atau image border wp

April 27, 2016 9:47 pm / by / no comments

Salam

Hi ini adalah tips untuk “remove” atau buang img shadow atau mungkin korang terfikir sebagai img border. Sebetulnya ia adalah img shadow. Di dalam ruangan CSS ia ditanda sebagai img shadow.

Ini adalah post berkaitan bagi pengguna WordPress 

Perkara ini berlaku kepada aku ketika membuat setup laman web menggunakan tema asal wordpress. Dan pada tema itu, setting CSS telah buat secara sendiri, bila masukkan gambar. gambar tersebut akan menampilkan border atau shadow.

Plugin.
Ya, bagi mudah kerja. tanpa membuang masa anda boleh terus membuat carian plugin yang boleh bantu remove shadow tu. Memang ada. Banyak pilihan. Tapi come on la. Kata nak jadi web developer and designer. Tak kanlah nak remove shadow pun nak pakai plugin (;p)

Terlalu banyak plugin yang digunakan ia ibarat kenderaan yang membawa barang lebih muatan.

Tips.
Jadi ini yang saya mahu kongsikan caranya yang mudah. Bila upload gambar tekan butang [Add Media]. Kemudian gambar akan kelihatan di ruangan Visual editing post. tukar ruangan editing post kepada Text.

lihat pada ruangan code gambar, tambahkan sedikit perasa ini  style="box-shadow: none;"

kemudian…magic hilanglah Shadow yang menjadi border kepada gambar tersebut.
trick ini hanya akan menjadi kepada gambar itu sahaja. gambar lain yang baru diupload akan mengikut setting asal CSS tema itu.

Macam mana nak disable terus img shadow tu?

Anda copy style="box-shadow: none;" pergi ke Appearance, kemudian pergi ke Editor. Cari dan pilih file .css (stylesheet) buat ruangan baru paste je kat mana2.

Kalau menjadi trick ni…Alhamdulillah. korang share kan artikel ni ya. Ataupun buatlah entry tentang perkara ni juga. bagilah backlink ke post saya ya. Kalau tak jadi juga… tinggalkanlah komen kat bawah. kita cuba tolong mana yang mampu..

Bye 🙂

Tags

 

0 Comments

You can be the first one to leave a comment.

Leave a Comment

 

— required *

— required *